Friday, October 6, 2017

Hakikat

Terima hakikat benda yang dah jadi, yang pernah ada bukan lagi milik kita. Jujur la memang aku masih ada perasaan tu. Kau gila takkan takde rasa apa-apa bila pernah dekat dengan orang tu. Macam-macam kenangan dah tercipta. Bukan senang nak lupa semua pemberian yang aku pernah dapat. Tak tau mana silapnya atau dia sendiri yang memilih jalan tu. Semoga bahagia dengan orang yang kau pilih walaupun orang tu bukan aku. Ya mungkin aku akan dapat yang lebih baik. Aku hargai setiap kenangan tu. Aku percaya setiap yang hilang tu akan diganti. Yang setia menunggu aku harap kau sabar. Beri aku sedikit masa.  

Thursday, May 11, 2017

Tak Semua Orang Sama

Assalamualaikum salam pembuka bicara. Perkongsian kali ini agak berbeza sedikit berbanding sebelumnya. Kali ni saya nak berkongsi sedikit cerita yang mungkin berkaitan dengan saudari. Power tak ayat aku ! Pertama sekali jangan ambik hati ye, ambik berat takpe. Dalam berkawan ni biasa la ada manis, duka, kita sebagai manusia yang mampu berfikir. Bertolak ansur la. Tengok balik diri kita, masalah tu datang dari mana. Cuba selesaikan dengan baik. Nak bercakap mesti kena gaya dia, scan dulu orang tu macam mana. Tak semua orang sama. Ingat tu ! Aku pun terkejut jugak bila jadi depan mata. Dah la aku tengah menikmati keenakan roti john masa tu. Haish. Rasa macam tengah tengok drama live pulak. Huishh dasyat. Nak bergurau boleh, tapi tengok orang la. Takut lain yang jadi. 

Saturday, April 22, 2017

Manusia

Bila umur makin meningkat ni benda kecik pun boleh terasa weh. Dulu aku ok, tak pernah kisah pun pasal masa depan. Tapi kan bila fikir-fikir macam takde hala tuju ni dah boleh angkat kaki kot blah dari hidup orang yang tak penting. Nanti bila tak ambik peduli orang cakap dah tak sayang la apa. Realiti memang macam tu, kejap nak kejap tak nak. Takkan la nak hegeh kat orang kot. Entah la weh, kadang aku rasa macam sorang-sorang buat perangai dengan aku. Dah kenapa ingat patung ke? Banyak benda yang kita tak perlu cerita, taip pun dah boleh buat aku rasa lega. Ingat la satu benda ni, manusia bila dia buat baik dengan kau mesti ada sebab. Mana ade orang nak dekat kalau takde kepentingan. 



Tuesday, February 7, 2017

Roommate

Terima kasih untuk 2 tahun setengah. Ingat tak masa mula-mula masuk u dulu 11/10/2014. Masa tu ingatkan dia ni tua dari aku rupanya adik lagi. Makin lama makin rapat. Banyak cerita yang kita kongsi sama-sama. Sebelum tido mesti pillow talk dulu. Kat sini dengan dia la paling rapat. Masa aku rasa down giler, dia la tempat aku mengadu. Ingat lagi masa dia bacakan puisi sebelum tido. Mcm kdrama pulak . Tempat nak bertekak pon dengan dia jugak. Citarasa mesti selalu tak sama tapi tu la sebab buat kita saling melengkapi. Wekkkk..... Selalu aku pesan biar la apa orang nak cakap, biarkan je yang penting aku kenal siapa dia. Terima kasih la buat video tu. Terharu sangat. Rasa macam dihargai. Nak minta maaf jugak kalau selama ni ada terasa hati, halalkan semua. Aku tak reti nak gambarkan dengan kata-kata cukup la kau tau aku sayang kau dengan perbuatan. Jaga diri kat tempat baru.


Simpan semua kenangan tu kat sini <3

Sunday, January 1, 2017

Tahun Baru

Biasa kalau tiba tahun baru. Mesti azam baru. Konon-konon je la lepas tu lupa, ke buat-buat lupa. Azam aku tahun ni la kan. Semoga aku bawak2 bersabar dengan karenah budak memandangkan nak praktikum. Lagi, semua aura positif masuk dalam jiwa ni. Aku tak nak kurus aku suka dah badan macam ni, senang cari baju. Semoga aku jumpa orang yang sepatutnya dan tak menyakitkan hati. Tu yang paling penting sebab apa emosi kita dipengaruhi oleh persekitaran. Jadi aku tak suka la fikir benda remeh. Benda boleh bincang tak payah jadi budak sekolah nak kecoh2.


Itu sahaja ucapan awal tahun kali ni. Sekian

Sunday, November 6, 2016

Kau La

Bukan tak nak bagitau orang lain yang kita dah lama bercinta. Cuma sometimes rasa nothing kalau show off. Hahaha ayat mintak pelempang. Camni la senang citer. Aku pun tak tau la nak explain apa aku rasa. Jadi kau tengok je la apa aku sedang usaha. Kahhh. Kena ambik turn dulu la, first biarkan aku habis belajar dulu, kumpul duit, then baru kita fikir langkah seterusnya. Plan yang lepas-lepas selalu tak jadi. Penat aku fikir angan-angan tapi jadi mimpi ngeri. Jadi dengan pengalaman yang aku ada dapat menguatkan aku untuk terus maju ke depan.

Bukan sekali tapi banyak kali aku cakap, aku bukan jenis main sapu tepi jalan, ambik kenalan dari member-member, nampak orang hot sikit terus tackle. Tu jenis tak matang ok. Terlalu ikut apa orang cakap sampai takde pendirian langsung dalam hidup. Semua nak ikut orang.


Satu je nak pesan ni kau pergi la mana nak pergi, berkawan la dengan sesiapa pun. Asalkan pandai jaga diri. M.H.A

Thursday, September 29, 2016

Antara 2 pilihan

Apa yang paling melemahkan bila kau terlampau dengar cakap orang. Memang tak salah nak dengar nasihat, kritikan tapi dalam masa sama kau kena ada pendirian sendiri. Sampai bila nak hidup bergantung pada orang? Berbeza pendapat tu normal, kita manusia kan. Mana nak kalah dengan ego. Ini pendapat peribadi aku la kan. Bila kau nak buat sesuatu benda, minta nasihat orang lain. Tapi tu tak bermakna kau kena ikut cakap dia. Fikirkan orang lain jugak bila kau buat suatu tindakan tu. Paling penting kau mampu tanggung risiko lepas tu. Banyakkan membaca, buat research. Doa pon penting, solat jangan tinggal. Tak kisah la duduk ceruk hutan sekali pun, mana2 tempat kau tinggal la. Masa tu kau akan dapat jawapan yang kau nak.


Semoga Berjaya ! Aku sentiasa sokong niat yang baik tu.

Friday, September 2, 2016

Tempat makan best kat Ipoh

Apa yang best kat ipoh ni tempat makan (org cakap) walaupun aku jenis jarang makan luar. Ramai yang tanya, weh tau tak kat mana nak makan tu nak makan ni. Aku tak tau. Yang aku biasa pergi @ jalan yang biasa aku lalu tu tau la. Tapi ceruk2 yang kau sebut tu aku tak berapa tau sangat nanti aku cari. Kedai hipster banyak la tapi part nak cari parking kau mesti menyesal datang, macam kl dah gaya dia. Sebab tu lagi elok naik moto. Kalau waktu malam nak makan sedap kat area dataran MBI. Ada banyak gerai tepi jalan setiap hari buka. Nak tau mana sedap bila kau lalu situ ramai orang dan bau dia boleh buat kau meleleh yang tu sedap (aku biasa pegi)  tak tipu punya. Biasa order char kuey tiaw… perghh makan sampai tak angkat muka. Parking banyak jangan risau tapi kalau datang lepas magrib jauh jgk la nak parking, kena jalan sikit

Lagi yang best,  laksa sarang yang ni area kawasan kampung manjoi (kg melayu terbesar di Malaysia) tak percaya sudah. Dekat dengan MYDIN Manjoi area corner (ramai orang) siap ada parking khas laksa sarang. Mata tu tengok betul2 kalau tak jumpa jugak tanya orang mydin ok. Dibuka dari 4 ptg-12 mlm. Lagi apa ye, haa boat noodle pulak ada 1 je kat perak ni aku rasa la, kalau silap maaf. Boleh cari kat Aeon Klebang, tingkat 3, sebelah KFC.

Area Meru pon banyak jugak tempat makan, tak sesak sangat sebab bandar baru. Tak tau kat mana? Terminal aman jaya tau? Itu la meru ingat Selangor je ada meru ek eleh. Ok la, tu je aku nak kongsi mana tau bermanfaat untuk orang yang nak tau. Banyak lagi tempat sebenarnya. Nak tau rajin2 la berjalan.


Tapi kan lagi sedap kalau awak sendiri yang masak !


Laksa sarang

Monday, July 25, 2016

Sejak Bila?

Aku takde la minat sangat drama korea ni, gitu2 je la layan. Sebab dah tinggal lama, first drama winter sonata, masa tu pun zaman2 sekolah rendah. Balik sekolah terus mengadap tv. Best sangat la masa tu. Lepas tu bertahun-tahun aku tinggalkan drama tu sebab sibuk sangat, takde masa nak berangan (asrama takde tv). Sampai la aku tengok viral sangat cerita ni kat twitter (dots). Sibuk la tanya kawan2 yang fanatik drama ni web ape yang paling laju kalau nak download korea (asiantv) Start episod 1 dah mula jatuh hati sampai la ke last episod. Aku tak tengok sorang kebetulan masa tu cuti raya, jadi tengok sekali dengan adik2. paling musykil adik aku yang bongsu tu dia punya tahan mata sampai pukul 1 pg nak habiskan 1 episod (takut ketinggalan) hahaha kalau kartun best pon takde la sampai tahan mata. Hari2 pakai baju coklat pulak tu nak sama dengan big boss, style rambut pon dia tukar.

Sejak tu makin bertambah la koleksi drama dalam lappy ni. Aku pilih yang paling hot, rating tinggi je sebab tak nak menyesal download hahaha. Belanja sikit gambar buat aku tersenyum sepanjang hari...






Saturday, June 11, 2016

Fikirlah

Apa khabar saudari di sana? Hahaha lama tak tulis surat macam tu. Dulu masa sekolah terpaksa buat jugak. Manusia sekarang tak macam dulu. Kalau dulu tak ada pun orang sibuk nak update status. Yela masa tu mana ada benda2 macam sekarang ni. Tapi kan takut jugak terlalu asyik post gambar2 yang tak penting pon untuk orang tengok kat media sosial ni. Segala benda tentang diri nak bagitau semua orang. Dah tak ada privasi. Tak payah nak cerita apa-apa dah. Bila kau upload je senang2 orang tau kau pergi mana, makan apa, dengan siapa. Semua detail la boleh dapat kat situ. 

Kenapa aku jadi misteri, sebab aku nak privasi. 

Tuesday, April 19, 2016

Sem Ni

Dapat tajuk "Red Riding Hood" hasil perbincangan beramai-ramai, seminggu jugak la habiskan masa siapkan prop, practice menari, hafal skrip. Baru la aku tahu rasa penat berlakon tu macam mana. Nak feeling watak tu aku ambik masa 3 hari. Watak wolf tu ada 2 ekor, saja menambah nak bagi penuh pentas. Kira aku jadi kawan baik wolf ni la. Masa hari teater tu aku memang lepas suara habis, pagi esok sakit tekak. dah la muka tak boleh senyum, stress pulak aku rasa. Tapi best la, first time aku berlakon depan orang. Sem ni asyik shooting, lepas tv host kat petrosains hari tu, buat teater pulak. Eksperimen sains aku baru habis buat tadi, tunggu nak edit je. Esok pulak start shooting untuk video lagu matematik kanak-kanak. Lirik dah siap, penat perah otak, akhirnya siap satu karya. Kerja kumpulan tak berat sangat sebab banyak idea, fuhh....nasib. Bila dah habis submit semua ni, ready nak exam la pulak. Jadual dah keluar tapi slip aku tak print...hmm bagus.



Friday, March 18, 2016

Perempuan

Sifat perempuan tu kena lemah lembut, sopan, cantik, ikut trend. Aku cuba la nak lemah lembut, tapi masalahnya orang sekeliling aku jadi geli. Bila aku kasar “weh cuba lembut sikit” bila aku lembut, geli pulak, tampar nak? Haish. Perempuan nak cantik kena pkai makeup. Biasanya la. Waktu sekolah boleh la pakai bedak biasa. Habis sekolah takkan nak pakai benda sama kan? Menipu sangat la kalau orang cakap, natural beauty lagi cantik. Tapi kau tetap nak pandang yang pakai makeup kan. Ek eleh zaman dulu2 boleh la cakap. Sebenarnya terpulang pada individu tu jugak nak buat apa, pakai apa, suka hati dia la. Kita ni hanya mampu tengok, kalau rasa suka tengok lama2 sikit.


Ikut trend pulak bergantung dengan siapa kau berkawan. Kalau kawan dengan orang kaya, kena la ikut rentak dia, belanja banyak sikit, jangan semput sudah. Jenis hipster, kau kena layan la perangai dia, gambar kena hot. Tunggu time keje nanti aku akan tunjuk rupa aku yang sebenar. Sekarang ni kita relaks dulu, fokus kening sapa paling cantik. Jangai cukur pulak dosa woi. Kalau nak cantik rajin2 la kawan dengan orang cantik. Tapi orang cantik nak ke kawan dengan kau? Tanye je. Ok bye. Hahaha. 

Wednesday, February 17, 2016

Bae

Cerita ni jadi masa cuti. Bukan nak malukan @ nak sindir sesiapa. Aku pun tak kenal budak ni. Sekali je jumpa hari tu. Saje nak cerita, mungkin boleh ambik ikhtibar. Kisahnya bermula masa nak beli bae baru, yang lama dah hilang. Memang nak rosak pon yang lama tu. 3 tahun berbakti pada aku. Semua benda disimpan dalam tu dan aku takde copy, hmm aku meraung sehari. Sebulan lepas tu baru cari pengganti. Aku menjelajah dari kedai ke kedai, mall ke mall. Tapi tak jumpa apa yang aku nak. Yes, aku memang cerewet, ayah aku je tahan hahaha. Aku masuk satu kedai ni, besar kedai dia macam kedai 2 ringgit tu. Masuk pintu je, aku disambut seorang wanita cantik (melayu), hahaha geli je ayat. Suara dia ya rabbi aku rasa nak baring kat lantai tu. Sangat lembut + gedik = penggoda. Dia bawak ayah aku jalan dulu, aku ni tinggal belakang. Dari situ aku dah mula sakit hati. Patutnya layan aku ni, customer  yang nak beli barang kat situ. Tak pe sabar dulu, kita test dia. Aku tanya dia brand yang aku nak ada tak? Dia pegi promote brand lain, aku tengok dia kecik besar kecik besar je perempuan ni. Aku ni jenis keras hati weh, kalau aku cakap aku nak brand tu, aku tak pandang brand lain dah. Kau promote la tinggi langit pon aku buat pekak je.

Dia pon pegi la ambik brand yang aku sebut tu. Aku tengok besar pulak. Aku nak yang sederhana, kecik sangat pon tak best. Aku bertekak dengan dia lama jugak la pasal kecik besar ni. Aku suruh dia cerita semua spesifikasi benda tu. Dia citer ala kadar je, patutnya kau kena pro terangkan satu-satu utk pikat hati aku ni supaya beli. Aku pun belek-belek la. Hmm boleh tahan, “tapi tak pe la cik saya tak nak, saya tak suka besar, saya suka yang sedang-sedang”. Dia cuba pujuk ayah aku supaya beli. Aku tengok ayah, ayah tengok aku. “tak nak la ayah, kita beli tempat lain”. Aku pun blah.
Atas moto ayah tanya kenapa tak nak? Ayah tengok ok je tu. “K.long tak suka dia dari pintu masuk tadi”. Ayah pandang pelik, “apa kena mengena?. “entah la,  k.long tak suka perempuan tu, mengada-ngada. “saja je tanya macam-macam nak test dia tadi”.  Kami pun pergi kedai lain. Masuk kedai tu aku terus beli je, sebab memang terpampang brand depan mata. Ayah cakap memang takde rezeki perempuan tadi tu. Itu je la ceritanya. Aku dapat bae baru warna merah. Kali ni saya janji jaga elok-elok.


Kesimpulan, perempuan sekarang bahaya, dia goda sikit je kau boleh lentok. Hati-hati la ye. Buat keputusan jangan ikut orang. Sekian.