Korang suka
kucing? Sayang tak dengan kucing? Selagi masih ada sayang la, jangan pukul dia,
jaga elok-elok. Kucing aku dah takde. Baru semalam dia mati. Aku sedih sangat.
Dah 2 tahun aku jaga dia. Aku bagi dia makan, mandikan dia, belai dia,
macam-macam lagi la. Kalau aku ada masalah dengan manusia, dia la tempat aku
bercakap. Bila dah takde ni, macam tak lengkap pulak hidup aku. Selalunya,
waktu pagi dia akan kejut aku bangun tido. Mana aku nak cari kucing lain yang
boleh buat macam tu. Aku rasa takde dah. Walaupun dalam tempoh yang singkat aku
dapat jaga dia. Takpe la, sekurang-kurangnya dia pernah buat hidup aku ceria.
Aku perlu terima kenyataan yang datang tetap akan pergi. Kalau bukan hari ni, satu
hari nanti dia pasti tinggalkan kita. Sekian
Sunday, November 23, 2014
Tuesday, May 27, 2014
Sebelah Hati Dicuri
Cerita ini
adalah rekaan semata-mata.
Duhai
Tuhan,
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan
memperolehi kewarasanku,
Maka
biarkanlah aku menjadi begini seumur hidupku.
Duhai
Tuhan,
Andai mampu ku meminta pada-Mu saat ini,
Andai mampu ku meminta pada-Mu saat ini,
Ku ingin Kau ambil seluruh cinta yang ada pada
diriku,
Biarlah ku hidup tanpanya.
Duhai
Tuhan,
Meskipun telah bertahun dia mengikat tali cintaku
tanpa sebuah makna,
Biarkanlah cinta ini terus mekar dan merekah,
Meskipun
aku telah layu dan mati.
Di
dada langit tidak banyak bintang yang muncul. Cuma ada beberapa dengan jarak
yang agak jauh antara satu sama lain. Bulan mengambang penuh. Cahayanya
menyimbah ke seluruh alam. Betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada hambaNya. Kala
diri mengagumi kebesaran Pencipta, memori semalam menggamit kotak fikirannya.
Afiq! Ya, lelaki itu! Muhammad Afiq
Haikal. Namanya seindah wajahnya yang bersih itu. Tak pernah terlintas di
fikiran Ain untuk bertemu seorang yang sangat istimewa sepertinya. Seseorang
yang sangat sempurna di matanya. Lantas peristiwa yang telah setahun berlalu
kembali berlegar di ruang matanya.
Setahun lalu…..
“Ouch! Woi, apa ni? Tak nampak ke
orang yang punya besar ni! tengking Ain. Bahunya terasa amat sakit setelah
dilanggar oleh lelaki itu.
“Sorry
tak sengaja. Awak okey ke?” tanya
lelaki itu.
“Hmm..,
“balas Ain pendek.
Ain ingin berlalu pergi tetapi
pergerakannya terhalang kerana lelaki itu berada di hadapannya. Lelaki tersebut
memandang Ain tanpa berkedip. Ain sekali lagi naik angin.
“Excuse
me,” ucap Ain apabila lelaki itu masih menghalang laluannya.
Lelaki tersebut masih tegak di situ.
Matanya masih memandang Ain. Ain semakin sakit hati dengan perlakuan lelaki
itu.
“Woi, tepi la sikit! Orang nak lalu ni. Yang
tegak berdiri macam tugu negara ni kenapa?” tengking Ain sekali lagi.
“Opps, maafkan saya,” ucap lelaki itu
sambil beralih jauh sedikit daripada Ain. Tutur katanya cukup lembut jika
dibandingkan dengan Ain.
Sambil berlalu pergi, Ain masih lagi
merungut tentang lelaki yang melanggarnya sebentar tadi. Hatinya masih sakit
dan dalam masa yang sama dia turut berasa hairan.
“Tak guna betul mamat tu tadi. Tak nampak
ke aku yang besar ni. Nak kata buta tak juga. Pakai cermin mata. Dah la aku
marah pun takde respon. Takde perasaan agaknya dia tu,” gumam Ain sendirian.
Dalam masa yang sama, lelaki itu masih
memikirkan tentang gadis yang dilanggarnya sebentar tadi. Fikirannya tak
henti-henti mengingati gadis itu. Firasatnya kuat mengatakan ya tapi hatinya
menafikan sekeras-kerasnya. Ingin saja dia mengejar gadis itu tapi langkahnya
kaku.
“Tak
mungkin dia,” desis hati lelaki itu. “Ah, tak mungkin dia,” kata lelaki itu
sekali lagi sebaik saja tiba di keretanya. “Tapi kalau bukan dia, siapa gadis
itu? Tak mungkin muka mereka sama,” tambah lelaki itu. Fikirannya rungsing
memikirkan siapa sebenarnya gadis yang dilanggarnya tadi.
Lelaki itu cuba untuk membuka pintu
keretanya tapi tidak berhasil. Dicubanya sekali lagi. Masih tidak boleh. Dia
terus mencuba dan tiba-tiba datang satu suara dari arah belakang.
“Hey, pencuri! Nak curi kereta aku ya!”
jerit suara itu.
“Pencuri? Siapa pencuri? Ini kereta
saya la,” ujar lelaki itu.
“Huh, mamat ni lagi,” keluh suara tadi.
“Awak? soal lelaki itu.
“Apa awak-awak? Dah la tadi awak
langgar saya, sekarang awak nak curi kereta saya pulak ke?” soal Ain.
“Kereta awak?” Tanya lelaki itu semula.
“Ye, kereta saya. Muka saya ni macam
pencuri kereta ke? Lainlah awak tu,” perli Ain. Tanpa membuang masa Ain segera
menekan alat penggera keretanya. Ternyata kereta itu miliknya.
“So kereta siapa sekarang? Awak atau saya?”
tambah Ain. Dia ingin pergi dari situ segera. Makin lama dia di situ, makin
bertambah sakit hatinya.
Lelaki itu masih tidak puas hati dan berlalu
ke bahagian hadapan kereta. Dia membongkokkan sedikit badannya. Mukanya
bertukar kemerahan. Tahulah dia memang tersalah kereta.
“Itulah, aku cakap tadi tak nak percaya.
Sekarang rasakan sendiri,” bisik Ain sambil tersenyum sinis.
“Ok,
fine ni kereta awak. Saya tak perasan tadi,” ujar lelaki itu.
“Whatever,”
balas Ain pendek. Ain masuk ke dalam keretanya. Dia ingin segera pergi dari
situ. Tetapi masih ada yang menghalangnya. Lelaki itu masih berdiri di hadapan
keretanya.
“Dia ni memang suka jadi tugu agaknya. Takpun
ada nyawa spare. Dah cukup kuat
gamaknya,” rungut Ain. Tanpa membuang masa dia terus keluar dari keretanya.
“Awak tepi sikit boleh tak? Saya nak lalu ni.
Nanti tak pasal-pasal saya masuk penjara sebab kesalahan membunuh,” ujar Ain.
Masih tiada respon dari lelaki tersebut. Dia masih tegar di situ. Matanya setia
memandang Ain. Ain mula gelisah.
“Kenapa dengan dia ni? Kenapa dia pandang
aku macam tu? Dia nak buat apa kat aku”, bertalu-talu soalan menerjah fikiran
Ain.
Ain memberanikan diri menghampiri lelaki itu.
Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka lelaki itu. Masih tiada
respon. Kesabaran Ain makin menipis. Tanpa disedari..
Pangg! Satu
tamparan singgah ke muka lelaki itu.
“Kenapa awak tampar saya?” ucap lelaki itu.
Nadanya agak tinggi.
“Sebab awak tak nak pergi dari sini. Saya nak
balik,” marah Ain
“Balik je la. Takde siapa nak larang awak,”
balas lelaki itu. Lagaknya seolah-olah dia tidak bersalah.
“Macam mana saya nak balik kalau awak
berdiri kat sini. Awak nak saya langgar awak ke? Ataupun awak dah cukup amalan
agaknya untuk mati awal,” balas Ain kembali. Hatinya semakin berapi. Ingin saja
dia menampar lelaki itu sekali lagi.
“Maafkan saya,” ujar lelaki itu. Nadanya
sedikit kendur.
“Yela,” balas Ain. Dia memusingkan badannya
untuk kembali ke keretanya.
“Emm..awak,” ucap lelaki itu tiba-tiba.
“Huhh, apa lagi?” bentak Ain
“Saya Afiq. Muhammad Afiq Haikal,” lelaki
itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan salam.
Ain memandang sepi huluran dari lelaki
itu. Dia tak punya masa untuk berkenalan dengan lelaki itu.
“Takpe la kalau awak tak sudi. Saya cuma
nak kawan dengan awak,” kata lelaki itu seakan merajuk.
“Baiklah saya Ain. Nur Ain,” balas Ain.
“Nice name,” ucap lelaki itu tanpa disedari.
“Thanks,” balas Ain pendek.
“Ini kad saya. Kalau awak sudi hubungilah
saya,” Afiq menghulurkan kad bisnesnya kepada Ain.
“Ok. Kalau saya ada masa saya hubungi awak.
Saya balik dulu ye. Dah lewat ni. Nanti mama saya risau pulak,” ucap Ain
sejurus dia mengambil kad dari tangan Afiq.
“Ok, tapi jangan lupa hubungi saya,” balas Afiq
sekali lagi mengingatkan Ain.
Afiq memerhatikan kereta Ain berlalu pergi.
Dia hanya bergerak selepas dia pasti kereta Ain benar-benar pergi dari ruangan
matanya. Fikirannya kembali memikirkan sesuatu.
***************************************************************************
Ain tidak tahu apa yang ingin
dilakukannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu dalam begnya itu. Setelah jumpa
yang dikehendakinya, Ain tersenyum sendiri.
Baik aku kacau mamat ni,” desis hati
Ain. Tanpa membuang masa, Ain segera mencapai telefon bimbitnya lantas mendail
nombor yang tertera pada kad di tangannya. Setelah lama menunggu, panggilan Ain
akhirnya berjawab. Kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.
Lamunannya terhenti apabila telefonnya
mula menyanyikan lagu now your gone
nyanyian Basshunter meminta untuk diangkat. Nombor yang tidak dikenali tertera
pada skrin telefon. Mungkin klien, desis hatinya.
“Helo,” ujar suara tersebut. Malas saja
bunyinya.
“Helo. Boleh saya bercakap dengan Afiq?” tanya Ain
“Afiq bercakap, Siapa tu?” tanya Afiq
kembali. Dia tidak gemar tidurnya diganggu. Walaubagaimanapun, dia tetap
menjawab seikhlas mungkin.
“Afiq, Ain ni. Ingat lagi tak?” soal
Ain. Tiba-tiba dia malu sendiri.
“Ain? Ain yang mana ya?” tanya Afiq. Dia
kurang pasti tentang Ain yang dimaksudkan. Banyak perempuan bernama Ain
dikenalinya.
“Ain yang awak langgar dekat shopping complex hari tu. Ingat lagi tak?” ujar Ain. Dia
berkira-kira untuk mematikan talian jika Afiq tidak dapat mengingatinya.
“Oh, Ain. Fiq ingatkan Ain klien Fiq,”
Afiq bersuara riang. Rasa mengantuknya hilang tiba-tiba.
“Afiq apa khabar? Maaflah Ain ganggu Afiq
pagi-pagi ni,” ucap Ain. Rasa bersalah tiba-tiba menerpa.
“Eh takde la. Fiq dah bangun pun,” balas
Afiq.
“Ada apa Ain telefon Fiq?” soal Afiq
selepas kedua-duanya senyap.
“Takde apa-apa, Ain bosan duduk rumah.
Tak tau nak buat apa,” rungut Ain. Manja saja bunyinya.
“Ain tak..,” baru saja Afiq ingin bertanya tetapi talian sudah dimatikan.
“Ain tak..,” baru saja Afiq ingin bertanya tetapi talian sudah dimatikan.
“Ain!” panggil Puan Rose sambil mengetuk
pintu bilik anak kesayangannya.
“Ya, mama,” balas Ain. Kepalanya
terjonggol di muka pintu dengan senyuman yang masih tidak lekang.
“Ain buat apa sampai mama panggil pun tak dengar?” soal Puan Rose kehairanan.
“Telefon kawan tadi yang Ain pernah cerita dekat mama hari tu,”ujar Ain.
“Telefon kawan tadi yang Ain pernah cerita dekat mama hari tu,”ujar Ain.
“Oh, Afiq tu ke. Mama dah siap hidang ni,
jom kita turun makan sama-sama, ”kata Puan Rose. Dia juga sudah mengenali Afiq dek
terlalu kerap Ain bercerita tentang Afiq kepadanya.
“Okey,
kejap lagi Ain turun,”balas Ain dengan
sengihan nakal. Puan Rose hanya menggeleng melihat gelagat anaknya.
Tidak lama kemudiaan, Afiq mendapati tertera
satu mesej diterima. Mesej tersebut dihantar oleh Ain.
Fiq, sorry tak dapat sembang lama. Mama Ain panggil tadi. Nanti jika ada
kelapangan Ain telefon Fiq lagi. -Ain-
***************************************************************************
Hari ini adalah hari yang paling istimewa buat
Afiq. Ini kali pertama dalam sejarah hidupnya dia membuat sesuatu yang tak
pernah terlintas difikirannya. Entah mengapa dia sanggup bersusah payah demi
mengembirakan hati seseorang. Sungguh aneh tetapi itulah hakikat sebenarnya.
“Assalamualaikum,” laung Afiq dari luar pagar.
“Waalaikumusalam,”
sahut Puan Rose. Dia segera membuka pintu pagar dan menjemput Afiq masuk.
“Afiq duduk dulu ye, mak cik panggilkan Ain kejap,”
ujar Puan Rose.
Dengan tergopoh gapah Ain keluar dari
biliknya. “Kenapalah dia datang awal-awal pagi macam ni,” desis hatinya
sendirian.
“Kenapa datang tak bagitau?” rungut Ain.
“Saja, saya nak ajak awak keluar,”
balas Afiq selamba tanpa rasa bersalah.
“Hah, keluar? Nak pergi mana?” tanya Ain
dengan mulut yang tenganga kerana terkejut.
“Adalah. Jangan banyak tanya boleh tak. Pergi
siap cepat,” arah Afiq.
“Eh!eh! suka hati dia je nak arah orang itu
ini,” balas Ain.
“Saya tak kira dalam masa sepuluh minit awak
mesti dah ada dekat luar. Saya tunggu dalam kereta. Lambat tinggal!” ugut Afiq.
“Yelah.
Tak menyempat betul la dia ni,” rungut Ain. Dia lantas bangun meninggalkan
ruang tamu. “Dia ingat aku ni robot ke boleh siap sepantas kilat. Ish, masalah
betul mamat ni,” desis hatinya. Tanpa membuang masa dia terus menaiki anak tangga.
Afiq
dan Puan Rose saling berpandangan. Puan Rose mengenyitkan mata. Afiq membalas
dengan isyarat ok. Mereka tergelak jahat. Nampaknya apa yang dirancang berjalan
dengan lancar. Sejurus itu Afiq meminta diri untuk keluar.
“Pon…pon…” Afiq menekan hon keretanya beberapa
kali.
“Sekejap!” Sahut Ain dengan kelam
kabut. Dia tersentak dek bunyi hon yang memaksanya untuk bersiap dengan pantas.
Ain segera meminta izin mamanya terlebih dahulu sebelum keluar.
“Mama,
Ain pergi dulu,” ujar Ain. Dia melambaikan tangan ke arah mamanya.
“Jaga diri elok-elok. Jangan balik lambat
sangat,” pesan Puan Rose kepada mereka berdua.
“Baiklah, kami pergi dulu,” kata Afiq.
Puan
Rose hanya menghantar kelibat kereta Afiq dengan ekor matanya sehingga hilang
daripada pandangannya. Dia terus merencanakan rancangannya.
Kereta yang dipandu Afiq terus meluncur laju
menuju ke lebuh raya. Kedua-duanya senyap tanpa sepatah kata. Ain hanya memerhatikan
pemandangan sekeliling. “Eh, jalan ni macam pernah aku tengok. Dia nak bawa aku
ke mana ni,” desis hatinya.
“Awak ni dari tadi asyik tengok tingkap tu
sampai nak tembus kenapa?. Tak pasal-pasal pecah tingkap kereta saya ni,” Afiq
memulakan bicara.
“Kita nak ke mana ni? tanya Ain yang agak
kebingungan.
“Jangan risau, saya takkan jual awak,” balas
Afiq selamba. Suka betul dia melihat muka Ain yang merah menahan marah.
“Eii, tak boleh cakap betul-betul ke?” kata
Ain sendirian tapi masih boleh didengar oleh Afiq.
“Saya nak bawa awak jumpa kawan-kawan awak la,”
balas Afiq. Tak lama lagi mereka akan sampai ke destinasi yang dituju.
“Zoo,” gumam Ain sendirian. Tapi kenapa
dia bawa aku datang sini? Kali terakhir dia menjejakkan kaki ke sini 10 tahun
yang lalu. Kini segalanya banyak berubah. Terpegun dia seketika.
“Oii, cik kak berangan lagi ke? Takkan
teruja jumpa kawan-kawan kot,” tegur Afiq setelah selesai membayar tiket di kaunter.
Lamunannya terhenti. Ain terkocoh-kocoh mengekori Afiq dari belakang. Mereka
mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja memandangkan kereta api yang
disediakan sudah sesak dengan orang ramai.
“Awak berhenti kejap saya penat la,”
keluh Ain. Sungguh dia tidak berdaya meneruskan lagi perjalanan yang dirasakan
begitu jauh.
“Baru berjalan sikit dah penat. Tak
makan ke? tanya Afiq. Dia mengeluarkan sebotol air mineral dan biskut dari
dalam beg. Lantas dihulurkan kepada Ain.
“Thanks,”
Ain hanya tersengih. Tanpa berlengah dia terus mencapai air mineral dan biskut
dari tangan Afiq.
Mereka menyambung semula perjalanan yang terhenti.
Ain begitu teruja melihat pelbagai spesis binatang di situ. Daripada pegang,
bagi makan sehinggalah persembahan binatang semua ingin dicubanya. Naik pening kepala Afiq apabila terpaksa melayan segala kerenahnya. Afiq pula hobinya asyik
menjadi tukang mengambil gambar di
sepanjang perjalanan. Banyak gambar kenangan mereka bersama.
“Awak berhenti kejap,” kata Afiq.
“Hah,
kenapa pulak,” tanya Ain. Hairan dengan tindakan Afiq yang berhenti secara
tiba-tiba.
“Saya nak ambil gambar awak dengan kawan awak
tu…hahaha,” Afiq menunjuk ke arah orang utan itu, tawanya masih berbaki.
“Ish,tak
nak la saya,” balas Ain gaya tidak berminat.
“Ala
kejap je, please,” balas Afiq
seolah-olah merayu.
“Ok,
tapi awak kene belanja saya makan aiskrim. Boleh?” tanya Ain. “Nasib la siapa
suruh bawa aku berjalan,” desis hatinya.
“No
problem,” balas Afiq. Dia terus mengambil gambar dari pelbagai sudut. Ain
hanya menurut permintaannya.
“Awak saya
nak aiskrim,” kata Ain sambil menuju ke tempat penjual aiskrim itu.
“Ambil la, lepas tu bayar sendiri,” balas Afiq
dengan senyuman sinis.
. “Tadi awak cakap nak belanja saya, tipu la,”
rungut Ain rasa tidak puas hati.
“Ye la, awak nak aiskrim apa?”
tanya Afiq.
“Saya nak perisa coklat,” balas Ain keriangan.
Mereka
duduk di bawah rimbunan pokok sambil menikmati aiskrim. Setelah hampir tiga
jam berada di zoo, Afiq mengajak Ain pulang.
Keadaan rumah
Puan Rose sunyi sepi. Ain meninjau sekitar rumahnya. “Mana semua orang,” desis
hatinya kehairanan. Dia membuka kunci pintu rumah lalu memulas tombol pintu. Tiba-tiba
kedengaran orang menyanyikan lagu ‘Happy
Birthday’ dari dalam rumah. Ain terkejut kerana tidak menyangka hari
jadinya diraikan.
“Surprise!” ucap semua orang.
Puan Rose membawa kek hari jadi ke arah Ain untuk
dipotong sambil diperhatikan oleh semua tetemu jemputan. Rata-rata antara
mereka merupakan teman-teman Ain.
“Selamat
hari lahir, Nur Ain. Semoga awak panjang umur, dimurahkan rezeki,diberi
kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Saya akan sentiasa doakan
yang baik-baik untuk awak. Nah, untuk awak,” ujar Afiq. Dia menghadiahkan Ain
sejambak bunga tulip.
“Wah,
terima kasih,” balas Ain dengan begitu teruja. Bunga tulip adalah bunga
kesukaannya. Bagi dia bunga tulip mempunyai sentimental
value yang tersendiri.
“Oh, patutlah saya rasa pelik je hari ni.
Macam ade yang tak kene je,” rungut Ain dengan nada geram.
“Kira okey apa? Sekurang-kurangnya saya tak
buat jahat lebih dari itu,” kata Afiq bersahaja.
“Dah besar anak mama ni, Selamat Hari Jadi
sayang,” ucap Puan Rose sambil memeluk
anaknya itu.
Pelbagai juadah istimewa yang disediakan oleh
Puan Rose buat anak kesayangannya. Masing-masing menikmati suasana majlis
dengan gelak tawa para tetamu yang hadir. Sambutan ulangtahun Ain pada kali ini
sungguh meriah dan bermakna.
***************************************************************************
Hari-hari
mendatang semakin membahagiakan Ain. Hubungannya dengan Afiq semakin akrab. Mereka
sering bertukar-tukar cerita dan berkongsi masalah. Sehinggalah pada suatu hari
itu….
Deruan ombak yang menghempas batu. Angin
yang bertiup bersepoi-sepoi menyapa gegendang telinganya. Suasana nyaman yang
mendamaikan membuatkan Ain berasa tenang.
“Kenapa awak bawa saya datang sini?” tanya
Ain.
“Saja, tenangkan fikiran.” balas Afiq.
Keindahan ciptaan Tuhan mempersonakan
mata yang memandang. Lama mereka mendiamkan diri mengamati panorama alam.
Mereka hanyut melayan perasaan sendiri.
“Fiq, Ain nak tanya sesuatu boleh?” ujar
Ain memulakan bicara.
“Apa dia? Tanya je la,” balas Afiq.
“Fiq ingat tak masa mula-mula kita jumpa
dulu? Fiq pandang Ain semacam je. Seperti ada sesuatu. Boleh Ain tahu kenapa
Fiq pandang Ain macam tu?” soal Ain. Persoalan inilah yang selalu bermain
difikirannya.
“Emm, takde apa-apa la. Suatu hari nanti
Ain akan tahu jugak tapi bukan sekarang,” balas Afiq. Dia sama sekali tidak
menyangka soalan itulah yang akan ditanya oleh Ain.
“Tapi..,”
belum sempat Ain menghabiskan bicaranya, Afiq sudah jauh meninggalkannya di
belakang. Ain terpinga-pinga. “Ish..dia ni suka sangat tinggalkan aku,” desis
hatinya. Dia mengatur langkah meninggalkan tempat itu.
***************************************************************************
Kini
sudah masuk bulan ketiga sejak peristiwa hari itu berlaku. Afiq tidak lagi
menghubungi Ain. Malah panggilan dari Ain juga tidak berjawab. Afiq seolah-olah
merajuk dengan Ain. Ain berasa sangat menyesal dengan perbuatannya, Jika dia
tidak bertanya tentang hal tersebut, pasti perkara seperti ini tidak berlaku.
Ain seringkali menyalahkan dirinya atas semua yang berlaku. Tiba-tiba
kedengaran suara orang memberi salam di luar rumah. Ain melangkah keluar.
“Ya, cari siapa?” tanya Ain.
“Cik
ni Cik Ain ke?” soal lelaki itu.
“Ya, saya Ain. Ada apa encik cari saya?”
“Saya datang untuk menyampaikan amanat
orang. Ini untuk cik,” kata lelaki tersebut.
“Untuk saya? Dari siapa?” tanya Ain
sambil mengambil sampul dari lelaki itu.
“Dari
Encik Afiq,” ucap lelaki itu.
“Afiq? Mana dia?” tanya Ain kepada lelaki
itu.
“Nanti cik akan tahu juga. Saya ada urusan
lain. Saya pergi dulu,” ujar lelaki itu sambil berlalu pergi.
Setibanya
ke dalam rumah, Ain segera membuka sampul yang diterima dari lelaki yang tidak
dikenalinya sebentar tadi. Terdapat sepucuk surat di dalamnya. Ain membaca isi
kandungan surat itu penuh khusyuk.
Assalamualaikum..
Ain apa khabar? Fiq harap Ain sihat
selalu disamping keluarga tercinta. Pertama sekali Fiq nak mintak maaf
banyak-banyak jika kehadiran surat ini mengganggu hidup Ain. Pasti Ain
tertanya-tanya ke mana Fiq menghilang selama 3 bulan ni. Fiq ada di sini dan
sering perhatikan Ain. Semasa Ain membaca warkah usang ini, Fiq sudah jauh dari
Ain. Jauh sangat-sangat. Fiq sudah pun berada di alam abadi. Untuk pegetahuan
Ain, Fiq menghidap leukimia yang sudah mencapai tahap kritikal. Kata doktor
jangka hayat Fiq sudah tidak lama. Untuk itu Fiq nekad untuk menjauhkan diri
dari Ain supaya Ain dapat membiasakan diri dengan ketiadaan Fiq dalam hidup
Ain. Sebelum Fiq pergi, Fiq ingin menjawab soalan yang pernah Ain tanyakan pada
Fiq dulu. Pasti Ain ingat lagi soalan itu kan? Sebenarnya Fiq pandang Ain
begitu kerana muka Ain saling tak tumpah seperti rupa bekas teman wanita Fiq.
Dia tinggalkan Fiq semasa dia mula-mula dapat tahu Fiq berpenyakit. Katanya,
dia tak sanggup untuk terus bersama dengan orang yang hanya menunggu maut
menjemput. Jadi bila Fiq jumpa Ain, Fiq ingat Fiq boleh balas dendam Fiq pada
Ain. Tapi Fiq tak mampu sebab Ain baik sangat pada Fiq dan Fiq sayang
sangat-sangat dengan Ain. Maafkan Fiq, Ain. Sekarang Ain dah dapat jawapan kan?
Bolehlah Fiq pergi dengan aman. Fiq harap, selalulah Ain jenguk pusara Fiq dan
hadiahkanlah Fiq surah al-Fatihah tiap kali Ain teringatkan Fiq. Janganlah Ain
tangisi pemergian Fiq.
Yang benar
Afiq
Afiq Haikal. Namamu akan terus
terukir dalam hati ini. Kenangan bersamamu akan terus mekar menjadi kenangan
terindah dalam hidupku. Moga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang
diredhaiNya dan moga dirimu dicucuri rahmat dariNya. Al-Fatihah…
Kadangkala orang
yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah mengatakan cintanya padamu
Kerana orang itu
takut kau berpaling dan menjauhinya.
Dan bila di
suatu masa dia hilang dari pandanganmu.
Kau akan
menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.
TAMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)