Friday, October 6, 2017

Hakikat

Terima hakikat benda yang dah jadi, yang pernah ada bukan lagi milik kita. Jujur la memang aku masih ada perasaan tu. Kau gila takkan takde rasa apa-apa bila pernah dekat dengan orang tu. Macam-macam kenangan dah tercipta. Bukan senang nak lupa semua pemberian yang aku pernah dapat. Tak tau mana silapnya atau dia sendiri yang memilih jalan tu. Semoga bahagia dengan orang yang kau pilih walaupun orang tu bukan aku. Ya mungkin aku akan dapat yang lebih baik. Aku hargai setiap kenangan tu. Aku percaya setiap yang hilang tu akan diganti. Yang setia menunggu aku harap kau sabar. Beri aku sedikit masa.  

Thursday, May 11, 2017

Tak Semua Orang Sama

Assalamualaikum salam pembuka bicara. Perkongsian kali ini agak berbeza sedikit berbanding sebelumnya. Kali ni saya nak berkongsi sedikit cerita yang mungkin berkaitan dengan saudari. Power tak ayat aku ! Pertama sekali jangan ambik hati ye, ambik berat takpe. Dalam berkawan ni biasa la ada manis, duka, kita sebagai manusia yang mampu berfikir. Bertolak ansur la. Tengok balik diri kita, masalah tu datang dari mana. Cuba selesaikan dengan baik. Nak bercakap mesti kena gaya dia, scan dulu orang tu macam mana. Tak semua orang sama. Ingat tu ! Aku pun terkejut jugak bila jadi depan mata. Dah la aku tengah menikmati keenakan roti john masa tu. Haish. Rasa macam tengah tengok drama live pulak. Huishh dasyat. Nak bergurau boleh, tapi tengok orang la. Takut lain yang jadi. 

Saturday, April 22, 2017

Manusia

Bila umur makin meningkat ni benda kecik pun boleh terasa weh. Dulu aku ok, tak pernah kisah pun pasal masa depan. Tapi kan bila fikir-fikir macam takde hala tuju ni dah boleh angkat kaki kot blah dari hidup orang yang tak penting. Nanti bila tak ambik peduli orang cakap dah tak sayang la apa. Realiti memang macam tu, kejap nak kejap tak nak. Takkan la nak hegeh kat orang kot. Entah la weh, kadang aku rasa macam sorang-sorang buat perangai dengan aku. Dah kenapa ingat patung ke? Banyak benda yang kita tak perlu cerita, taip pun dah boleh buat aku rasa lega. Ingat la satu benda ni, manusia bila dia buat baik dengan kau mesti ada sebab. Mana ade orang nak dekat kalau takde kepentingan. 



Tuesday, February 7, 2017

Roommate

Terima kasih untuk 2 tahun setengah. Ingat tak masa mula-mula masuk u dulu 11/10/2014. Masa tu ingatkan dia ni tua dari aku rupanya adik lagi. Makin lama makin rapat. Banyak cerita yang kita kongsi sama-sama. Sebelum tido mesti pillow talk dulu. Kat sini dengan dia la paling rapat. Masa aku rasa down giler, dia la tempat aku mengadu. Ingat lagi masa dia bacakan puisi sebelum tido. Mcm kdrama pulak . Tempat nak bertekak pon dengan dia jugak. Citarasa mesti selalu tak sama tapi tu la sebab buat kita saling melengkapi. Wekkkk..... Selalu aku pesan biar la apa orang nak cakap, biarkan je yang penting aku kenal siapa dia. Terima kasih la buat video tu. Terharu sangat. Rasa macam dihargai. Nak minta maaf jugak kalau selama ni ada terasa hati, halalkan semua. Aku tak reti nak gambarkan dengan kata-kata cukup la kau tau aku sayang kau dengan perbuatan. Jaga diri kat tempat baru.


Simpan semua kenangan tu kat sini <3

Sunday, January 1, 2017

Tahun Baru

Biasa kalau tiba tahun baru. Mesti azam baru. Konon-konon je la lepas tu lupa, ke buat-buat lupa. Azam aku tahun ni la kan. Semoga aku bawak2 bersabar dengan karenah budak memandangkan nak praktikum. Lagi, semua aura positif masuk dalam jiwa ni. Aku tak nak kurus aku suka dah badan macam ni, senang cari baju. Semoga aku jumpa orang yang sepatutnya dan tak menyakitkan hati. Tu yang paling penting sebab apa emosi kita dipengaruhi oleh persekitaran. Jadi aku tak suka la fikir benda remeh. Benda boleh bincang tak payah jadi budak sekolah nak kecoh2.


Itu sahaja ucapan awal tahun kali ni. Sekian