Monday, December 14, 2015

Tahniah Kak Cik !

Tahniah kak cik dapat straight A PT3. Kamu memang pandai dari kecik, kejar la cita-cita tu. Nak jadi doktor kan nanti. Terima kasih la bagi hadiah birthday kak long. Hari ni baru nak bagi, ingat lupa dah. Legend sangat kad kamu ni, sampai berair mata baca sebab terharu. Kak long sayang semua adik-adik kak long. Kak long marah, bebel semua tu sebab sayang. Syukur la dapat kakak macam ni, dah besar pun kita still rapat, boleh lepak sme2 lagi. Bagi surprise setiap tahun, sweet kan.  Kita 4 orang je, jaga la hubungan ni sampai bila-bila sebab kita la harta ibu dengan ayah. 




Friday, December 4, 2015

Kenapa perempuan suka diet?

Mungkin sebab dia mokmok ataupun dah keding perasan mokmok. Nak kurus makan pil je, bangun tidur esok confirm kurus. Lepas tu tak nak makan nasi konon diet, tapi benda lemak makan banyak pulak. Main fon sambil baring tak bangun2. Lepas makan tidur. Kalau benda rutin macam ni la kau selalu buat, confirm sampai bila-bila pun takkan kurus. “eleh kau boleh la cakap, sebab kau kurus”. Ye la sebab aku kurus la aku cakap, kalau aku mokmok macam kau aku diam je hahaha. Aku kesian la tengok, mungkin faktor keturunan kot kau mokmok tapi boleh ubah kan? Cuba lepas kau makan banyak tu jangan baring je, buat la aktiviti lain. Sapu sampah ke, kemas bilik, basuh baju, kan bergerak sikit.


Lepas tu tolong la berhenti cakap gemuk. “eii tak nak la makan nanti gemuk” “aku ni kan makan sikit je gemuk” “aku gemuk mana boleh pakai baju tu” “dulu aku kurus sekarang dah gemuk”. Asyik cakap pasal gemuk je, mokmok la kau. Kan apa yang kita cakap tu doa. Macam aku ni makan banyak takpe sebab aku mana reti duduk diam. Aktiviti aku pun banyak. Kepada yang mokmok anda boleh kurus, yang kurus pulak jangan selesa sangat sebab boleh jugak jadi mokmok. Jangan makan pil banyak sangat, tak elok. Bersenam banyak, melompat, menari pun boleh. Ok la bye…bye..   

Wednesday, November 4, 2015

Kerja Kumpulan

Cerita tentang pengalaman, masing-masing ada cerita termasuk aku. Mesti kau pernah rasa dan aku rasa semua orang pernah rasa benda ni. Bila kerja dalam kumpulan mesti ada yang tak bagi komitmen langsung padahal markah sama je nanti. Ni la buat aku panas, tapi bila fikir kawan, aku jadi tak sampai hati nak cakap. Sebab aku fikir apa perasaan orang tu, walaupun orang tu tak pernah fikir pun perasaan kami yang tak cukup tido ni semata-mata nak cover kerja dia.

Sabar je la kan, kawan aku sorang ni dah bising-bising sebab dia. Aku ni jenis malas la nak marah2 orang. Nak belajar jadi penyabar,  Dah besar pandai2 fikir. Setiap kali aku sakit hati dengan orang, aku akan anggap benda tu mimpi, lepas tu buat macam biasa. Tapi cukup sekali je la, lepas tu aku takkan percaya langsung dah kat orang tu. Nak satu group setiap sem, ohh sorry..sorry…dah serik. Sebab bila manusia buat salah sekali, dia akan ulang banyak kali. Manusia kan memang suka buat silap.


Aku bukan benci, cuma aku tak suka perangai manusia yang macam tu. 

Wednesday, October 21, 2015

Kau Rasa?

Dulu kau kata kita sahabat sampai bila-bila. Tapi kenapa sekarang aku dah tak rasa apa-apa pun. Langsung tak ada. Kau makin jauh sampai aku rasa macam tak pernah kenal kau. Rasa asing. Aku je yang beria tanya khabar sedangkan kau? Fikir la. Jangan cakap tak ada masa, kalau ikutkan kerja sampai bila pun takkan habis.

Nampak macam aku tak kisah, tapi sebenarnya aku kisah sangat. Setiap hari, kalau kau nak tau. Tinggi betul ego kau kan, aku pun tak faham la. Ada jugak manusia perangai macam ni. Aku dah selidik orang yang nama sama dengan kau memang perangai macam tu. Sekarang aku rasa semakin kenal kau. Kenapa tak tunjuk dari dulu, kan senang. Anggap macam ni la, lupakan apa yang berlaku 3-4 tahun lepas, buat macam takde apa-apa. Macam yang kau tengah buat sekarang ni best kan. Buang je la semua, macam kau buang sampah.

Untuk kau yang tak teringin pun nak ambil tahu.



Sunday, October 11, 2015

Genap Setahun

Happy anniversary yang pertama !!! Hari ni genap setahun aku belajar kat sini. Bak kata roommate aku genap la setahun kita mereput kat katil ni hahaha. Banyak dah kenangan, gambar dah beribu keping sebagai bukti masa depan sampai lappy aku pun dah berat. Nak buang sayang. Kad masa darjah 3 dulu pun ada lagi, aku simpan. Mungkin jenis aku kot memang suka simpan benda yang bagi orang lain tak perlu.


Next plan, menjalani hari-hari seperti biasa. Cuba jadi sempurna walaupun sebenarnya manusia memang tak sempurna. Sekian. 


Wednesday, September 23, 2015

Pilihan ada pada awak

I need you to stay by my side and love me without any reason,

Kepada mereka yang selalu ada, terima kasih, begitu juga orang yang datang memberi kenangan dan pengajaran. Kalau tak kerana itu, saya tak akan jadi macam sekarang. Satu je nak pesan, orang sekeliling hanya mampu menjadi pendorong tapi segala usaha atas diri kita sendiri. Jadi buat la pilihan. Good luck ! 

Friday, September 4, 2015

Tak mustahil

Alhamdulillah result sem lepas membanggakan diri sendiri. Kan best kalau result sem akhir macam tu, tak payah bayar pt. Aku dah buka buku baru, azam baru, orang baru. Nampaknya dia bahagia dengan gadis pilihan, untung la kan. Aku macam biasa la sibuk dengan kuliah pagi petang ada masa aku free.

Jangan tanya aku kenapa dan mengapa dah, siapa pengganti ke apa benda. Takde apa nak komen, cewah feeling2 artis. 

Macam2 plan nak pegi sem ni, semua dah senarai tunggu on je. Aku rasa macam dewasa sikit la sekarang ni walaupun hakikatnya tak. Dapat kepercayaan ibu ayah pun dah cukup untuk aku. Jangan risau aku sentiasa jaga diri.

Ada orang cakap “Yang terbaik selalunya datang lewat”. Sama jugak macam benda yang kita nak sangat, tapi mahal. Kita akan usaha jugak sikit-sikit untuk dapatkan. Yang istimewa memang susah dimiliki. Tapi tak mustahil kan?




Wednesday, August 5, 2015

Aku Ada Dia

Kau tau kuat tu apa?
Kuat tu apabila kau dapat terima takdir dan ketentuan.
Tanpa kau tanya kenapa dan mengapa.

Aku tak kisah hilang apa-apa, biarlah
Yang penting aku masih ada ibu, ayah dan adik-adik
Apa yang jadi cukup sampai situ
Aku tak pernah berdendam pun

Buat apa nak benci orang
Kita ni pun bukannya orang suka sangat
Kalau rindu aku
Cari aku dekat sudut paling bawah dalam hati kau tau
Aku tak ke mana pun, ada je
Cuma tertindih sikit antara orang lain

Saturday, July 25, 2015

Thanks!

Alhamdulillah laptop selamat diformat & saya dapat menulis lagi. Lama saya jaga, belai dia mcm nyawa sendiri, first time dia buat hal nasib baik boleh repair. Free pulak tu, thanks awak. Kenapa baik sangat ni? Tak ingat apa yang jadi 3 tahun lepas. Tak sangka pulak kita boleh baik macam itik tepi kolam. Macam pelik? Masing2 ego dulu, sekarang dah boleh fikir kan, masih diberikan akal.


Macam mana nak balas hutang budi ni, saya ni jenis tak suka berhutang apa-apa dengan orang. Satu masa saya akan balas balik hutang budi tu. Terima kasih.

Saturday, June 20, 2015

Roda Berputar

Lumrah dunia. Siapa yang berkuasa dia yang akan disanjung. Sebagai orang bawahan, apa yang kita hanya mampu buat hanya mengikut kehendaknya. Hasil kerja kita orang lain dapat nama. Biasa la tu. Yang betul dianggap salah dan sebaliknya. Takpe la roda berputar, hari ini mungkin disanjung. Esok lusa belum tentu. Yang penting, laksanakan tanggungjawab kita. Orang nak complain ke, nak mengungkit itu terpulang. Kita manusia tak boleh miliki semua. Ikhlaskan hati menerima baik buruk.

Masa tak terbuang, sibukkan diri.




Wednesday, June 3, 2015

Friendship

For me, friendship should lasts forever.
But if I cut the connection, I am really sorry. I just have to, I have my own reasons.
I left some of my friends bcs I know their true intention. They don’t like me at all, they ‘like’ me not for who I am, they like me for what I have. Truth hurt. So I left.
Now, I am truly grateful for people who is still here stick with me, care bout me and accept me and love me and never judge me and like me even I annoy them every single time.

I love my friends, every single of them. I can’t promise that I can always be there for u but, u know where to find me when u need me. 

Saturday, April 25, 2015

Throwback

Kebiasaanya aku menulis orang tak faham pon. Kali ni faham la kot. Nak cite siket pengalaman semalam. Menarik bagi aku mungkin tidak pada orang lain. Semalam aku pegi kl. Ala kl je pun bukan London. Hish memang la tapi aku pegi kl semalam naik tren. Yang aku excited sangat sebab baru first time naik. Rasa macam wah…. Benda yang tak pernah rasa sebelum ni, best la kan. Tak rancang pun nak berjalan sebenarnya. Kebetulan kawan aku ni nak jumpa kawan dia kat sana dan kebetulan aku free masa tu dan memang aku teringin sangat nak naik tren. Apakan daya sebelum ni takde orang ajak. Bila dah sampai kl sentral tu,mula la perangai batak aku nasib mampu dikawal. Pegi la bayar duit kat mesin tapi apa yang keluar token warna biru. Aku gelak-gelak la apa benda la keluar benda macam ni apasal tak keluar tiket. Aku pelik campur kelakar. Kawan aku cakap simpan baik-baik nanti hilang kena denda. Aku pun simpan la. 



Lepas tu kami kelam kabut lari sebab tren dah sampai. Aku tak pasti berapa ramai yang nampak aku lari itik masa tu. Aduh kelakar. Masuk dalam tren. Kawan aku gelak-gelak dia cakap kita salah naik tren la. Dalam hati “dia ni la, tau tak aku pecut 100 meter tadi penat dia macam mana, boleh pulak salah ish… Kami pun turun ambik tren lain nasib kali ni betul. Sampai klcc, aku gelak lagi. Betul ke dah sampai ni macam tipu je, apasal tak nampak jalan raya terfikir la. Rupanya bawah tanah, mana nak nampak atas adui.. Punya la bising masa tu ramai berkumpul kat tengah-tengah tu. Aku pun fikir la ada artis ke apa, rupanya fashion show, pergh memang lawa, memang hensem. First time tengok model secara live. Lepas tu gerak ke surau dah zohor. Perut pun mula lapar, kami pakat nak makan kfc. Hmm mengidam, punya lama pusing tanya orang aduh tebal muka akhirnya jumpa. Habis makan pusing-pusing lagi terjumpa la aquaria nak masuk mahal, selfie pon ok kan yang penting ada. Kawan aku pun jumpa la kawan dia. Pening dah ronda-ronda kami pun balik. Tu je la cite. Ada masa aku menulis lagi hehe….