Friday, December 4, 2015

Kenapa perempuan suka diet?

Mungkin sebab dia mokmok ataupun dah keding perasan mokmok. Nak kurus makan pil je, bangun tidur esok confirm kurus. Lepas tu tak nak makan nasi konon diet, tapi benda lemak makan banyak pulak. Main fon sambil baring tak bangun2. Lepas makan tidur. Kalau benda rutin macam ni la kau selalu buat, confirm sampai bila-bila pun takkan kurus. “eleh kau boleh la cakap, sebab kau kurus”. Ye la sebab aku kurus la aku cakap, kalau aku mokmok macam kau aku diam je hahaha. Aku kesian la tengok, mungkin faktor keturunan kot kau mokmok tapi boleh ubah kan? Cuba lepas kau makan banyak tu jangan baring je, buat la aktiviti lain. Sapu sampah ke, kemas bilik, basuh baju, kan bergerak sikit.


Lepas tu tolong la berhenti cakap gemuk. “eii tak nak la makan nanti gemuk” “aku ni kan makan sikit je gemuk” “aku gemuk mana boleh pakai baju tu” “dulu aku kurus sekarang dah gemuk”. Asyik cakap pasal gemuk je, mokmok la kau. Kan apa yang kita cakap tu doa. Macam aku ni makan banyak takpe sebab aku mana reti duduk diam. Aktiviti aku pun banyak. Kepada yang mokmok anda boleh kurus, yang kurus pulak jangan selesa sangat sebab boleh jugak jadi mokmok. Jangan makan pil banyak sangat, tak elok. Bersenam banyak, melompat, menari pun boleh. Ok la bye…bye..   

No comments: